Dua program berkaitan Sekolah Bestari akan menjadi fokus tindakan pada perbicangan kali ini, iaitu program pembestarian sekolah dan kedua, usaha pemantapandan penjenamaan semula 88 Sekolah Bestari.
Program pembestarian sekolah melibatkan semua sekolah harian di bawah Kementerian Pelajaran.
Pemantapan dan penjenamaan semula 88 buah sekolah bestari pula merupakan kesinambungan projek yang digerakkan pada 1999, walau idea asalnya tercetus seawal 1995.
Pada 1999, Sekolah Bestari adalah salah satu daripada tujuh aplikasi perdana di bawah koridor raya multimedia. Penyelarasan dan mempakej semula inisiatif pembestarian semua sekolah dibawah tadbir selia kementerian akan dilaksanakan mengikut keutamaan berikut; projek makmal komputer dan pengkomputeran sekolah, program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), akses internet jalur lebar School-net, pembangunan perisian kursus, pusat akses dan televisyen pendidikan.
Terdapat pelbagai isu dalam usaha melaksanakan program pembestarian sekolah sebelum ini dan juga banyak inisiatif kearah itu tetapi dilakukan secara terpisah-pisah dan berasingan. Selain Kementerian Pelajaran, terdapat juga inisiatif di bawah tanggungjawab kementerian lain, seperti akses jalur lebar, makmal komputer dan Sekolah Bestari.
Isu yang timbul, apabila berlaku kegagalan penyelarasan tugas dan komunikasi yang berkesan akibat saiz organisasi yang besar. Kementerian Pelajaran ialah sebuah kementerian yang besar dan sukar bagi pegawainya sendiri untuk mengetahui setiap inci ruang dalam kementerian itu. Apatah lagi mereka yang berada di luar kementerian. Oleh sebab itu, apabila makmal dibina oleh pihak luar, objektifnya hanya untuk menyiapkan makmal, sedangkan pihak luar itu mungkin tidak tahu ruang yang dipunyai sekolah, bekalan elektrik, masalah guru dan sebagainya. Akhirnya ada makmal yang dibina di atas padang, dibina di sekolah yang tiada bekalan elektrik dan ditempatkan di sekolah yang kurang guru atau gurunya tidak terlatih.
Contohnya, terdapat isu di Kalabakan, Sabah, ada sekolah yang diberikan komputer, tetapi sekolah itu mempunyai system pendawaian yang usang dan tidak sesuai. Ada juga sekolah yang tidak mendapat bekalan elektrik yang mencukupi kerana hanya mempunyai generator berkuasa kecil.
Masalah pertindihan menyebabkan pertambahan beban tugas dan berlaku pembaziran. Satu contoh pertindihan paling ketara ialah latihan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk guru. Ianya bukan sahaja bahagian-bahagian dalam kementerian yang melaksanakan pelbagai jenis latihan, malah pihak ketiga, seperti syarikat industri, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan sekolah turut melaksanakan latihan yang hampir serupa. Ini belum termasuk aspek perisian kursus dan aplikasi yang digunakan di sekolah-sekolah.
Tentang pemantapan dan penjenamaan semula Sekolah Bestari yang sedia ada, tanggungjawab tersebut telah diletakkan di bawah Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC). Terdapat sebahagian daripada 88 buah Sekolah Bestari ini telah menggunakan teknologi usang dan perkakasan yang lebih terbelakang berbanding sekolah lain. Jadi, pada pendapat saya, pihak terbabit perlulah re-visit dan meneliti semula setiap kelemahan yang ada serta kita perlu melihat trend dunia masakini.
Sekiranya untuk melonjakkan 88 buah sekolah ini kita memerlukan perubahan polisi, maka kita perlu mencadangkan kearah perubahan yang lebih baik. Bagi saya, jika perlu perubahan kepimpinan di sekolah ataupun di kementerian sekalipun, kita mesti menyuarakannya. Juga memerlukan kita lebih peruntukan untuk menaik taraf infrastruktur, pekakasan dan sebagainya, maka kita mesti meminta lebih peruntukan daripada kerajaan. Yang penting, program itu mesti dilaksanakan dengan jayanya.
Persoalannya, adakan terdapat faktor atau kaedah yang paling berkesan untuk mengukur tahap penggunaan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) di Sekolah Bestari, dan seterusnya dapat digredkan? Daripada maklumat yang didapati, terdapat beberapa pendekatan mengred yang dirancang, namun yang dianggap penting ialah Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS) yang menggunakan komponen system ranking bilangan bintang (star ranking). Ranking bilangan bintang ini adalah sebagai perkakasan memantau.
Pada Jun 2006, Kementerian Pelajaran dan Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) bersetuju menerima SSQS dan komponennya, ranking bilangan bintang. Objektifnya adalah untuk membangunkan sistem (set petunjuk) untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan, menyediakan asas bagi perancangan dasar dan pembangunan program, melonjakkan piawaian pendidikan Negara, menyediakan pemankinan kepada perubahan dalam pendidikan dan akhir sekali, memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat empat langkah atau kaedah telah dibangunkan untuk mentaksir Sekolah Bestari iaitu; Langkah pertama ialah membangunkan Indek Prestasi Utama (KPI) untuk bidang fokus ICT. Komponen KPI menetapkan syarat dan terma yang boleh diterima pakai dan meletakkan ranking bilangan bintang kepada setiap syarat.
Kajian soal selidik dilakukan di setiap Sekolah Bestari untuk mengenal pasti keadaan bidang fokus ICT. Kaji selidik akan diadakan pada setiap julat masa tertentu manakala system pemantauan dalam talian membaca data langsung semasa yang akan mengesahkan kaji selidik berkenaan.
Pakej SSQS akan menggariskan bidang fokus ICT bagi setiap perkara yang dinilai. Setiap bidang ada pemberatnya dan menggambarkan signifikannya di dalam SSQS; iaitu Kepenggunaan (ICT) – 40 peratus, Modal insan – 30 peratus, Aplikasi – 20 peratus dan prasarana teknologi – 10 peratus.
Untuk layak menjadi Sekolah Bestari, sesebuah sekolah perlu mencapai syarat minimum (atau satu bintang) yang ditetapkan bagi setiap KPI dalam kalangan bidang fokus ICT.
Julat ranking ialah satu hingga lima. Sekolah yang tidak mencapai mana-mana petunjuk dalam ranking perlu melakukan sesuatu supaya mereka dapat dimasukan ke dalam kategori Sekolah Bestari.
Sekolah yang sentiasa menunjukan penambahbaikan atau berjaya mengekalkan kecemerlangan mereka seharusnya diletakkan sebagai model Sekolah Bestari. Adalah diharapkan semua 88 buah Sekolah Bestari layak diletakkan dalam kategori lima bintang.
About Us
- ASAM_PHY GROUP
- We are currently master's student at Universiti Pendidikan Sultan Iris, Tanjung Malim, Perak in Physics Education.
Thursday, January 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.